Jumat, 04 Oktober 2013

Dialog Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dengan Abu Bakar tentang Hak Kekhalifahan Imam Ali as.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma shalli `ala Muhammad wa aali Muhammad
Tuntutan  Amirul Mukminin `Ali bin Abi Talib as terhadap kekhalifah setelah Rasulullah saw adalah  satu  hakikat yang tidak boleh dinafikan kerana ia dicatat di dalam  buku-buku muktabar Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.  Imam Ali mengajukan kembali tuntutan kepada perampas kekhalifahan dengan cara mengajak munasyadah (dialog/Tanya jawab) beliau Imam as mengemukakan beberapa persoalan kepada Khalifah Abu Bakr berdasarkan hadis-hadis Rasulullah saw mengenai  hak dan kelebihan dirinya, yang denganya Abu Bakar diminta untuk berpendapat terhadap hadis Rasulullah saw tersebut.
Bagi Amirul Mukminin `Ali as, tuntutan beliau terhadap kekhalifah selepas Rasulullah saw adalah hak yang wajib dituntut.  Karena Rasulullah saw telah melantik beliau dan sebelas anak cucunya dari keturunan Fatimah as sebagai Imam atau Khalifah. Bagi `Ali, perlantikannya merupakan ketetapan dari Allah SWT yang disampaikan melalui rasul-Nya. Dengan dasar tersebut, seharusnya manusia mestinya mentaati beliau dan sebelas imam setelah beliau as.

Disini akan disajikan dialog Amirul Mukminin `Ali bin Abi Thalib as dengan Khalifah Abu Bakr yang membahas masalah Imamah atau Khilafah. Penulis dalam penyajian ini mengutip secara keseluruhan dari kitab karya Abu Mansur Ahmad bin Abu Thalib al Tabarsi atau sering dikenal dengan al-`Allamah al-Tabarsi (wafat 620 H)  yang termuat dalam kitabnya al-Ihtijaj Juz I halaman 115-129.  Kemudian penulis berusaha membuat rujukan kepada kitab-kitab Ahl al-Sunnah sebagai rujukan saudara-saudara ahlu sunnah untuk mengetahui sumber dalam kitabnya sendiri, seluruh rujukan kepada kitab ahlu sunnah tersebut didasarkan dari penyajian yang dilakukan oleh Al Sayyid Muhammad al Baqir al Musawi.

Dialog Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib as dengan Khalifah Abu Bakar
Diriwayatkan dari Ja`far, (Imam Ja`far al-Sadiq imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah saw. Ja`far bin Muhammad), Imam Muhammad al-Baqir bin `Ali Zain al-Abidin bin Husain bin Ali (beliau imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah saw.) dari Bapaknya, dari datuknya as, Beliau berkata:  Setelah selesainya perbuatan mereka terhadap `Ali, serta selesainya urusan Abu Bakr dari bai`ah orang banyak kepadanya, Abu Bakr masih mengharapkan bai`ah dari `Ali, tetapi beliau Ali as menunjukkan sikap keengganan terhadapnya. Abu Bakr menganggapnya sebagai masalah serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan meminta maaf atas bai`ah orang banyak kepadanya, Abu Bakr sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang jabatan kekhalifahan kerana kezuhudannya. Kemudian dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali bin Abi Thalib as. (kemudian terjadilah dialog sebagai berikut –pen
Abu Bakar berkata :
“Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah, terhadap perkara (jabatan Khalifah –pen) ini aku bukanlah benar-benar mencintainya, kerana aku sesungguhnya tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap urusan umat ini. Aku ini tidak memiliki kelimpahan harta dan keluarga yang banyak. Oleh karena itu mengapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada Anda dan Anda menunjukkan ketidaksukaan kepadaku” [1]

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as  berkata:
“Anda menyatakan bahwa anda kurang yakin terhadap diri anda sendiri untuk mengendalikan urusan ini, lalu apakah yang mendorong anda untuk memegang jabatan kekhalifahan sekiranya anda  benar-benar merasa tidak menghendakinya?”
Abu Bakr  menjawab:
“(Aku mendasarkan perbuatanku) pada sebuah hadis yang aku mendengarnya dari Rasulullah saw, beliau bersabda “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan“. Dan aku mendapati ijmak mereka (tentang masalah kekhalifahan -pen) terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi saw tersebut.[2]  Dan aku berfikir bahwa ijmak mereka tidak menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawaban yang mendukung hal itu. Dan sekiranya aku mengetahui seseorang tidak setuju atas pelantikanku niscaya aku pasti menolaknya.
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Adapun ketika anda menyebutkan sabda Nabi saw “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan“, apakah aku ini (Ali-pen) termasuk bagian dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi saw -pen) atau tidak?
Abu Bakar menjawab :
“Tentu, anda  bagian dari umat ini “
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Apakah sekelompok orang yang menentang anda, seperti Salman, `Ammar, Abu Dzar, al-Miqdad, Ibn`Ubbad dan orang-orang Ansar yang lain,  termasuk bagian  dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi saw –pen)?”
Abu Bakar menjawab :
”Mereka semuanya termasuk bagian dari umat”
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”(Jika demikian adanya -pen) bagaimana anda  dapat berhujah dengan hadis tersebut, sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda?  Dan umat tidak mencela mereka serta persahabatan mereka  dengan Rasulullah adalah baik?!”
Abu Bakar menjawab :
”Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan setelah selesai pemilihan khalifah. Aku khawatir sekiranya aku meninggalkan “perkara ini” (kekhalifahan –pen) orang akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku  tidak aku hiraukan, lebih senang bagiku untuk mememberi pertolongan di dalam masalah agama dan membiarkanya dari permusuhan mereka. Justeru sikap mereka itulah dapat membuat mereka kembali menjadi kafir. Aku menyadari bahwa anda bukanlah orang yang  dapat mengukuhkan keadaan mereka sekaligus mengukuhkan agama mereka”
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Ya, tetapi beritahukan kepadaku tentang  orang yang berhak atas jabatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?
Abu Bakar menjawab :
”Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, menunjukkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, kecakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ketertindasan, bertindak adil …… Kemudian dia (Abu Bakr) terdiam.
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata melengkapi pernyataan Abu Bakr:
”Orang yang terdahulu memeluk Islam dan kerabat?”
Abu Bakar menjawab :
”Ya !”
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru  kepada anda dengan nama Allah, wahai  Abu Bakr,  apakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri  anda  atau pada diriku?
Abu Bakar menjawab :
“Semuanya bahkan terdapat pada diri anda wahai Abu l-Hassan “ [3]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah  yang telah menyahuti dakwah Rasulullah saw dari kaum lelaki? diriku ataukah anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda “ [4]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang mengumumkan Surah al-Bara’ah di musim Haji  akbar di hadapan kaum muslimin? diriku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda “ [5]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah membuat Rasulullah saw menahan (umat) di hari al-Ghadir ? apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda “ [6]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, kepada siapakah Rasulullah saw menyebut maula kepada semua muslimin melalui hadis Nabi saw di hari al-Ghadir? apakah kepada diriku atau diri anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda “ [7]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah ayat al-Wilayah (al-Maidah (5) : 55) dari Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan cincin? Itu ditujukan kepadaku atau kepada anda?
Abu Bakar menjawab :
“Kepada Anda “ [8]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah al-Wazarah (wazir) Rasulullah saw yang diumpamakan Harun bagi Musa, itu diperuntukan untuk diriku atau untuk anda?”
Abu Bakar menjawab :
“Untuk Anda “ [9]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, adakah Rasulullah saw mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan anak-anak  lelakiku pada saat bermubahalah dengan Musyrikin atau  dengan isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakar menjawab :
“Dengan kalian “ [10]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab (33) : 33) tersebut, untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda dan anak istri anda “ [11]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang didoakan oleh Rasulullah saw di hari al-Kisa’  Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka“, aku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda “ [12]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang dimaksud dalam ayat “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana” (Surah al-Insan (76) : 7), apakah itu aku atau anda ?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [13]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, untuk siapakah ketika terjadi peristiwa dikembalikannya matahari untuk waktu shalat  lalu ditunaikan shalatnya kemudian ia terbenam, apakah itu untuk anda ataukah untuk aku?”
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [14]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah melegakan hati Rasulullah saw dan kaum Muslimin dengan membunuh `Amru b. `Abd Wudd, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [15]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diamanahi oleh Rasulullah saw dalam perutusannya kepada jin lalu dia menyahuti seruan itu, adakah yang menyahuti itu aku ataukah anda ?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [16]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam sampai kepada bapaknya yang dengannya Rasulullah saw kemudian bersabda “Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hingga `Abdu l-Muttalib” , apakah itu yang dimaksud diriku ataukah anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [17]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah dipilih oleh Rasulullah saw untuk kemudian dinikahkan dengan anak perempuannya, Fatimah as dan kemudian beliau saw bersabda: “Allah telah menikahkan  anda dengan Fatimah di langit“, adakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [18]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah ayah dari Hasan dan Husain, yang kedapanya Rasulullah saw bersabda: “Kedua-duanya pemuda Ahli  Syurga dan bapak mereka berdua adalah  lebih  baik daripada mereka berdua”, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“Anda, “ [19]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, adakah saudara  yang dihiasi dengan dua sayap dan terbang ke syurga bersama para malaikat itu adalah sadarau ataukah saudara anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Saudara Anda, “ [20]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah menjamin hutang Rasulullah saw  dan  mengadakan pengumuman di  musim haji dengan melaksanakan janjinya, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [21]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang didoakan oleh Rasulullah saw, sementara terdapat burung panggang di sisinya, dan beliau saw ingin memakannya, namun kemudian beliau saw bersabda:  “Wahai Tuhanku! datangkanlah kepadaku orang yang  paling Engkau cintai  untuk berbagi memakan (daging) burung itu bersamaku “. Maka tidak seorangpun datang selain orang itu, apakah yang datang itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [22]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah saw supaya memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur’an, apakah mandat itu untuk aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [23]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dengan kehakiman dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: “`Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman“, hal itu ditujukan kepada anda atukah pada diriku?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [24]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang dimaksud oleh Rasulullah saw yang memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi pemimpin pada masa hidupnya, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [25]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  siapakah yang menjadi saksi percakapan Rasulullah saw  yang  terakhir, memandikanya dan mengkafankannya, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [26]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah kerabat dekat Rasulullah saw, apakah anda atau aku?
Abu Bakar menjawab :
“ Anda, “ [27]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra’il menjualkan untuknya dan kemudian untuk menjamu Muhammad saw sebagai tamu lalu untuk memberi makan anaknya, apakah itu aku ataukah anda?
Abu Bakar kemudian menangis dan menjawab :
“ Anda, “ [28]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diletakkan oleh Rasulullah saw di atas  bahunya untuk menghancurkan berhala-berhala di atas Ka`bah  sehingga jika dikehendaki niscaya ia dapat menyentuh ketinggian, apakah itu aku atau anda?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [29]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada  anda dengan nama Allah, siapakah yang disabdakan oleh Rasulullah saw “Andalah pemilik  bendera di dunia dan di akhirat”  apakah itu anda ataukah aku?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [30]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah saw supaya membuka pintu di  masjidnya  ketika beliau memerintahkan supaya  ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintunya  dibuka, atau itu untuk aku?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [31]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah anda yang telah mengeluarkan shadaqah apabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu golongan ”Apakah  kamu  takut akan (menjadi miskin) karena kamu  memberi shadaqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?”  (Surah al-Mujadalah (58) : 13), atau yang dimaksud itu aku ?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [32]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, apakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw ketika beliau bersabda kepada Fatimah: “Aku nikahkan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah”   atau dengan aku?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [33]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di  hari al-Qulaib, aku  atau anda?
Abu Bakar kemudian menjawab
“ Anda, “ [34]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
”Apakah dengan jawaban seperti ini anda merasa berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Sesungguhnya anda telah membuat diri anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya, sedangkan anda  tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!”
Abu Bakar menangis dan  kemudian  menjawab:
”Memang benar apa yang anda katakan wahai Abu l-Hassan. Tunggulah aku hingga berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jabatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan seperti ini selain dari anda” [35]
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :
“Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr”

Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

Para sejahrawan mencatat, bahwa usai Khalifah Abu Bakr melakukan dialog dengan Amirul Mukminin, dan Abu Bakr mengakui hakikat kekhalifahan  Ali bin Abi Thalib as, dia hampir-hampir menyerahkan jabatan kekhalifahan kepada Amirul Mukmini Ali bin Abi Thalib, tetapi kemudian dihalang-halangi oleh Umar ibnu Khattab [36]

Wallahu a’lam bi shawab
_______________________________
[1]  Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 302; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.
[2] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 9.
[3] Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan,  VI, hlm. 78; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 7; Ibn Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 356.
[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.
[5] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,  I, hlm. 156;  al-Turmudhi, Sahih,II, hlm. 461;  al-Hakim,al-Mustadrak,  II, hlm. 51;  Ibn Hajral-`Asqalani, al-Isabah,  II, hlm. 509;  al-Muttaqi  al-Hindi,Kanz al-`Ummal, I, hlm. 246.
[6] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 53-54.
[7] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al- Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-KhatibTarikh Baghdad,  VIII, hlm. 290;  al-Syablanji,  Nur al-Absar,hlm. 75; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm.32.
[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 4
[9] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm 116; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Nasa’i, al-Khasa’is,hlm. 78;  Abu Daud, al-Musnad, I, hlm. 28;  al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.
[10] al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 482; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I,hlm. 185; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 47;  al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm.101.
[11] Al-Tabari, Jami` al-Bayan, XXII, hlm. 502;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251.
[12] Ibid.
[13] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 392; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, VIII, hlm. 168; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102.
[14] Ibn Hajr, Lisan al-Mizan, V, hlm. 76; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VI, hlm. 80;  al-Tahawi, Musykil al-Athar, II, hlm. 8; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 137.
[15] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 277.
[16] Ibid., hlm. 230-231.
[17] Ibid., hlm. 379; al-Haithami, Majma` al-Zawa’id, IX, hlm. 168.
[18] Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 84-85;  Muhibb al-Tabari,  Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29; al-Kanji  al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298-299.
[19] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 204;  al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 166.
[20] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 519.
[21] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,I, hlm. 3;  al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 209.
[22] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya’, VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30; al-Dhahabi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 49.
[23] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154;  Ibn Hajr,Tahdhib al-Tahdhib, III, hlm. 178; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Tahdhib, hlm. 167-168.
[24] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 112.
[25] Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 20;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 155; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128
[26] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60-63.
[27] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 90; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 76.
[28] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 348-349.
[29] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.
[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.
[31 Al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 17; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 125; al-Turmudhi,Sahih, II, hlm. 301; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 201.
[32] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.
[33] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-Uqba, hlm. 29; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 85; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298.
[34] Lihat umpamanya, al-Khatib, Tarikh Baghdad, IV, hlm. 403.
[35] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-Ya`qubi,Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127-128.
[36] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.


Tidak ada komentar: